Home Panduan Penggunaan Makmal Komputer

Visitors Counter (18 Jan 2011)

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday3
mod_vvisit_counterYesterday44
mod_vvisit_counterThis week3
mod_vvisit_counterLast week385
mod_vvisit_counterThis month3
mod_vvisit_counterLast month1681
mod_vvisit_counterAll days214668

We have: 1 guests, 2 bots online
Your IP: 54.81.76.147
 , 
Today: Nov 01, 2014

Counter

Content View Hits : 98089
PANDUAN UMUM PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER PDF Print E-mail
Written by Ahmad Mazlan   
Saturday, 08 November 2008 22:06

1. Makmal Komputer terdiri daripada Makmal Bestari dan Bilik Media.
2. Jadual Penggunaan Makmal Komputer bagi kedua-dua sesi telah diedarkan pada 23 dan 25 Jun yang lalu.
3. Sila log in komputer di meja guru, untuk pendaftaran automatik penggunaan komputer.
4. Guru-guru boleh menyemak pendaftaran penggunaan komputer guru dan pelajar (bagi komputer di makmal komputer sahaja) di folder smke????2008???? catatan komputer.mdb. Catatan adalah bagi penggunaan komputer dalam Makmal Komputer berdasarkan username pengguna. Catatan ini akan dikemaskini setiap awal bulan.
5. Kerjasama diminta dari semua guru dalam perkara berikut:
a. Memastikan kaedah P&P yang dijalankan adalah kaedah ‘hands-on’ iaitu pelajar menggunakan komputer dan guru berlegar mengawasi aktiviti pelajar.
b. Keadaan ini diperlukan kerana didapati tanpa pengawasan yang rapi perkara-perkara negatif berikut telah berlaku:, iaitu pelajar
i. Mencabut mata kekunci papan kekunci.
ii. Menconteng papan kekunci dengan liquid paper
iii. Memasukkan bahan asing seperti plastik bungkusan gula-gula ke dalam pemacu cakera padat dan pemacu disket.
iv. Memuatturun bahan tak berfaedah dari internet.
v. Membuka laman web sembang (chatting) yang tidak dapat dihalang oleh GITN.
vi. Membuka laman web friendster, MySpace dan YouTube menggunakan kaedah alternatif. Kaedah biasa bagi membuka laman web ini telah di halang oleh GITN.
vii. Membuka MP3 Player untuk mendengar lagu.
6. Bagi menjayakan kaedah hands-on ini, setiap tingkatan hanya memerlukan satu tajuk yang boleh dikongsi bersama bagi setiap subjek bagi penggunaan penggal ini kerana setiap kelas hanya akan masuk sekali sahaja bagi setiap subjek.
7. Untuk kemudahan guru, adalah diharapkan satu bahan dapat disediakan bagi setiap tingkatan dan subjek dalam minggu ini untuk disalin ke dalam pelayan sekolah. Pihak saya akan menyediakan akses bahan tersebut melalui laman web sekolah atau Powerpoint untuk dicapai oleh semua pelajar semasa masuk ke dalam makmal komputer.
8. Bagi subjek English, Science dan Mathematics Tingkatan 1 hingga 3, bahan SSMS telah dapat dicapai semula melalui laman web sekolah. Sila lihat di bahagian bawah kiri laman web:
http://www.smkevii.edu.my
9. Semua guru diingatkan, sekiranya terdapat pelajar menggunakan makmal komputer, guru-guru diminta tidak menggunakan makmal komputer.
Sekian.
Disediakan oleh:
Ahmad Mazlan Mohamad Nor
Guru Penyelaras Bestari.
Last Updated on Friday, 21 November 2008 06:45
 
Copyright © 2014 ahmadmazlan.smkevii.edu.my. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 

Radio SMKE

 

Radio SMKE

 

 

Sila klik butang PLAY untuk matikan bunyi.

 

MAZLAN (KOREAN)

mazlan (korean)