Home
 
BLOG GURU PENYELARAS BESTARI
Sikap Wanita Yang Perlu Lelaki Tahu - satu memo untuk suami PDF Print E-mail
Written by Ahmad Mazlan   
Saturday, 06 December 2008 00:29

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia
tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam
hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti
hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya
semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang
paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila
hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki
itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang
keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!

Last Updated on Saturday, 06 December 2008 01:31
Read more...
 
Kursus ICT Staf Sokongan PDF Print E-mail
Written by Ahmad Mazlan   
Thursday, 27 November 2008 07:23

25 November 2008, pukul 2.50 petang saya mengadakan kursus ICT untuk Staf sokongan khusus untuk memberi panduan kaedah menggunakan e mel peribadi masing-masing. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan untuk mengelakkan pejabat atau makmal sains kosong.

Kumpulan pertama diadakan pada pukul 2.50 - 3.40 petang untuk seramai 8 orang dan kumpulan kedua pada opukul 3.50 petang untuk seramai 12 orang.

Sesi kumpulan pertama pada awalnya berjalan lancar. Kemudiam timbul masalah capaian internet. Hanya 3 PC sahaja yang boleh capai internet. Masalah ini di maklumkan kepada Helpdesk GITN. Didapati PC yang tidak boleh akses internet ini boleh ping router tetapi tak boleh ping DNS Server. Pihak GITN kata, mungkin masalah pada LAN sekolah.

Saya minta tutup komputer yang sedang di gunakan dan buka PC lain. Masalah yang sama berlaku. Hanya3 PC sahaja yang dapat akses internet. Akhirnya kursus terpaksa ditunda ke satut arikh yang akan saya maklumkan kemudian.

Terima kasih kepada Cikgu Fatin dan cikgu Hidayah yang menjadi fasilitator yang terus menunjukkan ajar sataf yang berjaya akses internet. Tapi hanya untuk 6 orang sahaja dari kedua-dua kumpulan.

Sebenarnya haris belum ini, saya dan kedua-dua orang fasi tadi telah menggunakan internet dengan baiknya khususnya untuk mengemaskini laman web di samping sebagai persediaan kursus ini. Malangnya pada hari kursus di adakan msalah ini berlaku.

Sebelum ini pada minggu lepas (Khamis - 20 Nabvember)  pihak GITN telah menghantar jurutekniknya membaiki router danhasilnya sangat baik. Semua PC dlalam Makmal Bestari + PC di koridor telah berjaya mengaksesEduWebTV dengan baiknya dengan menayangkan pelbagai video dari web berkenaan.

Cadangnya Jumaat ini cuba semula untuk meneruskn kursus ini. Harap internet tak meragam lagi.

Last Updated on Thursday, 27 November 2008 07:39
 
Service Air-cond & Server Down PDF Print E-mail
Written by Ahmad Mazlan   
Tuesday, 25 November 2008 06:32

Semalam air cond Bilik Server (3 buah) dan Makmal Bestari (2 buah) di service oleh syarikt service air cond. Harap keadaan dalam kedua-dua bilik akan lebih selesa selepas service ini. Mula kerja pada pukul 10..0 pagi dan habis pada pukul 4.00 petang. Berhenti tengahari untuk makan.

Pagi semalam datang sekolah dalam pukul 9.00, tak boleh log in komputer. Bila check tengok, gangguan elektrik pada server. Lampu bilik server OK. Up server lepas tu bagi tau pejabat untuk maklumkan Daftar Kehadiran telah boleh digunakan.

Juruteknik tak ada di sekolah kerana menghadiri kursus di Pulau Pinang sehingga Khamis.Hari ini Makmal Komputer tutup.

Last Updated on Thursday, 27 November 2008 07:38
 
Kemaskini web dan foto guru PDF Print E-mail
Written by Ahmad Mazlan   
Tuesday, 25 November 2008 06:36

Semalam tunjuk ajar Cikgu Fatin untuk kemaskini bahan dalam web. Bila klik gambar guru dan staf, gambar akan jadi besar pada muka surat baru. Juga tunjuk cara untuk upload gambar foto aktiviti sekolah pada bahagian Galeri foto dan menggunakan PhotoCocoa untuk paparkan gambar dalam web.

Cikgu Hidayah telah siapkan senarai guru dan gambar telah dicantikkan untuk majalah sekolah dan akan di burn dalam CD untuk diserahkan kepada Cikgu Lau hari ini. Selepas ini akan siapkan senarai dan gambar guru-guru dan staf yang mohon Kad staf baru. 2 guru dan 1 staf tiada gambar. En Anwar staf yang tiada gambar telah datang pukul 3 ptg untuk di ambil gambar. Sekarang tinggal 2 guru lagi belum ada gambar.

Kedua-dua guru akan sambung kerja hari ini. Tapi saya ada tugas mengawas peperiksaan di SMK Datok Kamaruddin. Semalam bawa mereka jumpa En Aziz (Pusat Sumber) dan minta kerjasama dia buka Pusat Akses pagi ni untuk menyambung kerja kerana makmal komputer tutup.

Pesan pada mereka juga, kalau boleh on semua komputer di Pusat Akses untuk membolehkan proses kemaskini Anti Virus dilakukan oleh setiap komputer.

 

 
Peraturan Asas Penggunaan Makmal ICT Sekolah PDF Print E-mail
Written by Ahmad Mazlan   
Monday, 24 November 2008 14:17

Peraturan Asas Penggunaan Makmal ICT Sekolah

(SMK KING EDWARD VII, 34000 TAIPING, PERAK, MALAYSIA)

 1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa tiada penyelaras.

2.  Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal komputer yang telah disediakan.

3. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal.

4. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.

5. Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh di bawa masuk.

6. Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi.

7. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.

8. Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/ rekod penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang disediakan.

9. Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kaum, dan negara. ( JANGAN MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET)

10. Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang cakera perisian atau dokumen.

11. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan  wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.

12. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru bertugas.

13. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas.

14.Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat.

15. Pastikan anda menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja.

16. Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.

17. Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.

18. Tindakan displin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.

Last Updated on Wednesday, 21 January 2009 22:49
 
«StartPrev1234567NextEnd»

Page 6 of 7
Copyright © 2010 ahmadmazlan.smkevii.edu.my. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 

Chat Room

World Time

Taiping

Polls

Waktu Paling Sesuai Di Adakan Kursus ICT 2009
 

Who's Online

We have 1 guest online